Mar 26, 2012

Aku mampu

Kerana dikau
Dua api dan api
Api yang menyorok
Sampai masa membara
(memberitahu kehadiran pada dunia)

Segitiga tidak berbeda
Hanya mampuku , ku ucapkan
ke hadapan mata kasarmu
ke halwa telinga mu
(yang angin sampaikan)

Jangan menangis
Usah sedih
kerana aku di sini
Oh, siang dan malamku
berikanlah berkat ke atas namaku
Matahari dan Bulan
kedua yang ku mampu
tiduri oleh tiupan si bayu
Gerhana kau jangan!
Kerana kau mempunyai alam
tersendiri bersama aku

Kerana ku mampu
Bilamana Matahari terbenam (dan laksanakan tugas)
Sang Bulan menerang
cahya trus timbus ke bumi
Kerana bila Bulan mahu tidur
Mata cahya pula menghimpun
menemani hidup yang sunyi

Keranakan mampu ku jua,
jiwa dianggap suci
di dalam pelbagai sudut karma
yang aku tempuhi
Keranakan silam yang pasti
akan berulang lagi.

No comments:

Post a Comment

comment allez vous