Jan 16, 2011

Muzik pengaruh Minda

kau percaya tak muzik menakhluk minda? dan terus budaya? ada beberapa senarai kejadian yang telah menerkam peristiwa kebudayaan muzik dalam setiap masa. jadi aku mahu mengambil contoh dari negara ini since kita duduk di sini. mari berbahas sama aku:

1. Punk
2. Skinhead
3. Grunge
4. Hip hop
5. Metal
6. Goth Emo
7. Shuffle Techtonik
8. Indie
9. Club

dan banyak lagi lah. Aku tiada 'knowledge2' seperti kalangan kamu. Tetapi aku tahu bahawa satu perkara sinonim iaitu : trend.

mereka, mereka ini yang mengikuti trend, berbaju seperti artis pujaan mereka, bertindik sini bercelak sana(contoh saja ya), berkumpul dan bergaduh mengatakan "kau tidak bagus. aku lagi bagus." yang memulakan, adalah sekongkolan orang-orang yang digelar 'trend-setter.' maka, sebaran budaya berlaku pada jangka tempoh tempoh yang tertentu. tak kekal.pon.

muzik mengalir ke dalam telinga diturun melalui hati jurus naik ke minda lantas mempengaruhi hidup (termasuk cara pemakaian, pemakanan, perjalanan serta cara nak memberus gigi juga)
pun begitu, sebuah minda menghasilkan minda-minda yang lain supaya untuk mengikuti langkahnya bersama dengan menggunakan pertunjukkan fesyen show di tepi jalan jalan Kuala Lumpur. Jadilah seorang/segroup yang cool yang diidam oleh mata mata jeles lain yang memandang kerana betapa smart nya kau di tepi jalan itu.
adakah ini berkait rapat dengan entertainment media? ya.
sebagaimana 'tanggungjawab' mereka untuk melancarkan hits hits terbaru jadi budak budak yang tidak ada arah tuju 'tahu' ke mana arah tuju nya. iaitu ke konsert ka.. ke gig ka.. atau melayan perasaan secara berjemaah.

sejurus, ini (trend muzik) mempengaruhi seluruh warganegara. sebuah negara yang dijajah.

noted bahawa aku berkata benar. dan inilah kesimpulan yang paling simpel yang boleh aku simpulkan. terima kasih ya kerna sudi membaca (kalau ada).

2 comments:

comment allez vous