Showing posts with label Ideologi. Show all posts
Showing posts with label Ideologi. Show all posts

Jul 20, 2012

Perempuan bermata besar

Permuntahan saki baki
yang telah engkau pergunakan
suatu ketika dahulu.

Perempuan bermata besar
Tiada makhluk tahu
apa halusinasi di sebalik
sepasang mata itu

Perempuan itu bermata besar
Berbulu mata lentik
Bermata bulat dan tidak
pernah tertutup
Semua kisah seumur hidupnya
terpampang hadir sebagai
visual ke hadapan mata membulatnya
sebelum dicabut nyawa.

Membiarkan sahaja
penentu nasibnya.

Jun 30, 2012

Black Sheep

Darah dijilat
Melepaskan batuk di tangga.
Hanjing berkeliaran.
Sampah merata
Di jalanan


Kipas tergantung; membunuh diri sendiri 
Kelat hiasan meragut nyawa 
Rentung belaka termuat pikiran 
Kira selama 
Kira kulitan. 


Kerana kelana 
Ku ambil sempatan. 


 Kambing Hitam; terlepas dibaham.

Mar 26, 2012

Aku mampu

Kerana dikau
Dua api dan api
Api yang menyorok
Sampai masa membara
(memberitahu kehadiran pada dunia)

Segitiga tidak berbeda
Hanya mampuku , ku ucapkan
ke hadapan mata kasarmu
ke halwa telinga mu
(yang angin sampaikan)

Jangan menangis
Usah sedih
kerana aku di sini
Oh, siang dan malamku
berikanlah berkat ke atas namaku
Matahari dan Bulan
kedua yang ku mampu
tiduri oleh tiupan si bayu
Gerhana kau jangan!
Kerana kau mempunyai alam
tersendiri bersama aku

Kerana ku mampu
Bilamana Matahari terbenam (dan laksanakan tugas)
Sang Bulan menerang
cahya trus timbus ke bumi
Kerana bila Bulan mahu tidur
Mata cahya pula menghimpun
menemani hidup yang sunyi

Keranakan mampu ku jua,
jiwa dianggap suci
di dalam pelbagai sudut karma
yang aku tempuhi
Keranakan silam yang pasti
akan berulang lagi.

Nov 17, 2011

Kesudahan

Lekas-lah. Sebelum aku meringkut-ringkut
di hadapan kacamu. Sebelum aku tarik picu
yang bersarang dengan perasaan membunuh
orang tak bersalah, dan jurus, membunuh diri
sendiri. Kasi kau lihat kesemua kejadian
itu dengan mata kau. Jiwa dan raga kau.


Tragedi.

Oct 23, 2011

Hari ini, TOLONG
ubatkan aku lagi
Tolong tuangkan ubat detol
ke kain wayar bergauz
dan; sapukan pada dada
dan hati berluka
terbuka semula
sekali lagi
kerna aku punya opinion
bahwa aku tidak suka
melihat sang bapa dalam
situasi begini
Ia bertukar
Ia berubah
Life's changed
Apa kata kau move on
dahulu
Tanpa aku.

Oct 1, 2011

Mabuk

Ketika sukma, merindu
Kelapangan, menjatuh meriba
Rimba mengerdip melapangkan kejatuhan
Si Permaisuri,
Ralat picisan
Dendang merisaukan
Mengutuhkan, jalinan kesumat
Pintar terjatuh sungkur
Melayan Si Raja
Berteman

Menghadapi keramaian ketentuan
Melarikan diri, ke dalam picar picar
pantas melilau
Menceriakan Sang hamba
Jauh memintas merisaukan puak lain
Menemui apa jawapan nya

Ke mana ku pergi?
Selepas ini?

Sep 25, 2011

Drama

Mampus kau, mampus!
Hidup aku jangan kau
masuk nyelinap campor
Tak bisa aku melarat sama
cara kau
Nyah lah dari sini
Tinggalkan aku sendiri

Tapi,
Ingatkan aku
akan kewujudan mu itu
Ingatkan aku
Sadarkan aku dari awangan mimpi
Ini mimpi
Punyai resipi pilihan
Cecah ke pundak alam
meniti keluaran cahaya
di ambang mentari
menitik - nitik
diteteskan
selembut sehalus sutera

Rahsia, Rahsia, Rahsia!

(Oh "se-pe-len-did" nya ku rasa!)

Aug 31, 2011

Manisnya buah

Manis kah buah?
Yang dikupil kulitnya
Apa kah yang sedang beradu disebaliknya?
Manis kah ?
Ada rasa kah?

Termetrai nama mu pada buah itu
Perjanjian tidak akan menipu
Apa yang kau sangka tentang isinya?
Sudah kah kau bersedia?

Manisnya buah
Semanis Markisa
Semanis Delima
Bisa kah kau tahan tika masam?
Tika pahit?

Atau sahaja kau pandang masak ranumnya

Bisa kah kau kupil?


Jun 7, 2011

Entri yang bisa

Jangan kau setanding kan aku dalam perlawanan perang catur yang telah kau bentang kan satu ketika. Aku bukan calang calang engkau. Lalu cari lah engkau mangsa ulitan berlainan, wahai sang ular. Jangan kau tempias bisa bisa dari taring mu karena kini ku ngerti godaan agenda di saat sekeliling mu. Ku tahu benar, dan ku tegakkan kebenaran. Dengarkan ini patukan mu tiada erti. Ku sudah kalis kan jasad sebagai perlindungan. Sampai masa sampai waktu angin berlalu, kan ku janji siapa diri mu sabenar. Cukup propaganda mu.

Apr 16, 2011

Malam

Malam!!! Kau buat apa dengan si dia?
Malam!!! Kau lakukan apa bersama si dia?
Terang!!! Terangnya lampu cahya
Terkelip-kelip,
Mendenyutkan mata silau
Terpana alam cahya di bumiku
Sampaikan salamku dalam isi isi luntuh
Kaki kaki keluh
Letih bermain ranjang
Goyah kali kepalang
Alang alang isikan daku sekali
Jari bernama cahya
pundar
rahsa.

Apr 14, 2011

Pride Parade

Pe-RASA-an hidup aku ini
seperti Barack Obama
Paparazzi di mana mana
Muka ku di surat khabar
Pejam celik mata mu menghantu
Nama ku disebut bak zikir

Oh ! Popilarnya ku rasa.

Tetapi hanyirnya hati mu
Jurus terang lidah ini menyekang
Kau tidak bisa
Berisi sengkang ke hadapan wajah ini

Kau tidak bisa!

Dengarkanlah
Muzik muzik cemburu
dimalam mu
disiang mu
Setiap hari jitu
tempat kau merelakan isi hanyir mu
Sesama manusia
yang sinonim nya dengan kau saja!

Bersoal tentang populariti,
Walhal
Aku juga mengaut
emas untuk diri aku sendiri
bukan ia emak kau, bapa kau
atau rakan sehanyir kau.

Walhal
Aku dicemuh oleh kau bagaikan
masyarakat membaling buah busuk
kepada pesalah tika di zaman Renaissance.



'Buad insan yang tak empunya life. Bless you.'

Apr 5, 2011

Pantun Kalung Puteri

Kalung setiawangsa
Kalung ku bistari
Kalung berpurnama
Buat si puteri

Datang pulang istana
Seri wajah lagi
Harum bijaksana
Gemalai tak terperi

Tujuh perikat menanti
Sampaikan salam kami
Ke mana kurang tiada
Berkurun injak gema

Mar 31, 2011

Rakan Seangkatan

Oh! Kegembiraan saorang
pengumpol!
Keterujaan saya
menerima mereka
Saya yang berbesar hati
menemani kamu sentiasa
Selalu
Pancar pancar hati
Termarmar selari
Terdamar kekaki
Tapak injak
kami
alu alu kan
kedatangan
ia.
Pulang datang
ke pangkuanku.

Mar 9, 2011

Duduk dan Menunggu

Bidari turun pagi (fikirnya)
Ya seluputnya ia tengah hari
Ada yang menyambut seada depannya

Tanpa fikir panjang
Dia bertukang
Rumah ini yang sudah lama menunggu
kehadiran kami
Bilik yang sama
tidak pernah pergi

Telefon bimbit yang berdarah panas
berbunyi lagi meminta makan

Kamu semua (di bawah)
Agak disentuh hari ini
Dan ridak perlu risau
Senantiasa diesok hari

Sebatang kretek menggembirakan bidari
'breakfast'.

Cuaca yang dipinta
'smiley'.

Feb 12, 2011

Aku harap.
Ada satu semua duniya
serba serbi
terkini
untuk kalian kami.

Aku harap.
Adanya Pencipta
yang mengekang
tanah buat kami
serba serbi

Membena
Istana krim berais
Supaya
Kita Artis, Wiraya, Pujangga, Arjuna
mengembalikan
tulen - tulen
hakiki
yang sa-benar

Dari itu,
kami bersatu
Kami hidup
hanya sempurna
berbunga - bunga
dedaun muda
Selama - lamanya...


*Tepuk tangan / Applause*

Jan 17, 2011

Silency

Setiap perkataan yang kau sebut untukbersama dia
Bagai ditusuk dengan jarum berdarah (menitis)
jiwaku
dijahit benangnya
ke pundak

Aku dah tak stress dah
Aku sudah bocor aliran tangisan
kering tekak yang hampir hujung hujungnya
Mana nya larat
Bukan menahan
Tetapi beban ini tidak layak
untuk diteteskan
lagi.

sekor spesis ketidaksukaan
ngerumun ku
belang itu dapat
merasakan
aura hitam manis.
Tiga gigitan sebelum
aku cabut lari.
lagi.

Mencari.
Asap sedut
nya lagi. berkepul
Tanda
yang pasti bukan
kesenanganku
Kamu.
Tipikal.
Kerap kali

Aku seperti hendak nya
terjun konkrit melangit
mencium tar tanah
Aku mahu tahu
apa reaksi kamu.
Itu saja.

Jan 16, 2011

penat menadah telinga.
penat menyerah hati.
dan serah serah serah ...

kau tidak mahu ada kena mengena!

bisa bisa bisa di lidah!
racun !

Tercipta puisi ini

Tak. aku bukan robot.
Tak. aku bukan anak asuhan kau.
Tak. aku bukan mesin jahit kau.

Sebagai manapun aku dipanggil
kurang ajar. Durhaka.
Tiada kau pinta respek
kehormatan mu sebagai keluarga diwasa
daripada ku,
karana harga tidak dibayar.
Kita sambung kasih sayang seadanya.

Hey, aku ni anak kau lah
Aku ni ada hak nya
I demand that.
Aku mahu kau bercakap benar
Khabar kan kebenaran
Jangan tipu aku lagi.
Jangan ilusi aku lagi dengan
gula gula lolipop.

Aku darah sama daging kau.
Aku ni sedikit sekupas kulit, kuku,
roma, bulu mata, tapak kaki dan
telapak jari mu. Jadi
kenapa. Mana. Salah silapku
Aku yang perlu menyusun sepuluhjari
untuk sesuatu yang digelar
"diri sendiri."
Kau corak aku kanvas.

Iya.
Iya.

Kau di mana
rawak membaca,
sila tuntut bisu.
Karna diketahui oleh engkau
sama sekali tidak.

Tampar lah aku, m.


*Influence mimie killerslut*

Dec 30, 2010

ku jatuhkan dosa buatmu

ku jatuhkan dosa buatmu
karna air ini, berpunggah ruah limpah nya
sahingga tiada ruang tak ternilai
dosa sa-orang lelaki kepada wanita
yang mengalirkan air mata itu

ku jatuhkan dosa buatmu


ku jatuhkan dosa buatmu



ku jatuhkan dosa buatmu
ku beri
ku hulur
ku jatuhkan dosa buatmu.

Dec 29, 2010

Menadah

Ruh ku, berkeliaran
Aku punya mata
Mata pada jasad
ku seperti halus
buta di duniawi


semut dan lebah
berpusu tentang arah
itu yang ku tahu
Apa mereka fikir
"Fkirkan kebebasan"
(Tiup kan angin dariku)


Kebebasan
Korupsi
Integrasi
kerahan golong golong
mereka itu
Mereka bikin sekeping
jahanam
Dan berbilion bilion
urang mengejar


Mengejar untuk apa?
Untuk apa , ku tanya mu?


Kamu kini mati
Tidakkah engkau tahu?


Hidupmu kan diganti
Dengan sepah sepah


Jasad hanya kulit
Bersedia,
Untuk bersolek
Kerna
Sesi pementasan kan bermula
Lagi
Di esok hari.